KUCHING, 7 Februari 2026 - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah hadir dan mempengerusi mesyuarat tersebut bertempat di Bilik Persidangan Ibu Pejabat PBB pada pagi tadi.
Antara keputusan mesyuarat adalah untuk mengadakan Perhimpunan Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 18-19 April 2026 bertempat di BCCK, Kuching.
Perhimpunan Agung tersebut akan di pengerusikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah anak Embas dan presiden - presiden parti komponen dalam GPS dan jumlah perwakilan akan diputuskan oleh jawatankuasa nanti.
Hadir sama adalah, YB Datuk John Sikie Tayai, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian Presiden Parti SUPP, YB Datuk Tiong King Sing, Presiden Parti PDP dan ahli-ahli MKT GPS dan
ketua-ketua Wanita dan Pemuda komponen Parti Gabungan Parti Sarawak.